top of page

UPKO Kota Belud Wakili Timbalan Ketua Menteri III Sampaikan Sumbangan Air Mineral Kepada Petugas Operasi Pencarian Orang Hilang

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

18 Disember 2025


KOTA BELUD: Urus Setia Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Jolyhame Saran yang juga Ketua Pemuda United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) Kota Belud, mewakili Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah serta ADUN N11 Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan air mineral kepada petugas operasi pencarian orang hilang.


Penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di Dewan Tambulion Laut, di sini, sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan petugas yang terlibat dalam operasi berkenaan.


Operasi pencarian yang telah memasuki hari ketiga itu dijalankan sejak 15 Disember 2025, melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan serta sukarelawan tempatan. Sumbangan air mineral berkenaan bertujuan memastikan keperluan asas petugas sentiasa terpelihara, khususnya ketika menjalankan tugas yang memerlukan tahap ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

ree

Menurut Jolyhame Saran, sumbangan tersebut merupakan tanda penghargaan dan sokongan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam operasi pencarian. Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan daripada Datuk Ewon Benedick kepada para petugas yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi membantu komuniti setempat dalam situasi mencabar.

ree

Operasi pencarian itu melibatkan penyertaan enam penduduk kampung, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Usaha pencarian diteruskan dengan penuh komitmen dan harapan agar individu yang dilaporkan hilang dapat ditemui dalam keadaan selamat.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page