UPKO Lahad Datu Sokong Guna Logo Sendiri Untuk PRN17
- nabalunews
- Aug 29
- 1 min read

29 Ogos 2025
LAHAD DATU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Lahad Datu menyatakan sokongan penuh agar parti itu menggunakan logo dan lambangnya sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.
Ketua Penerangan UPKO Lahad Datu, Saudi Osman berkata, langkah itu penting bagi menegaskan identiti parti sebagai sebuah wadah politik yang matang, berdikari serta yakin dengan kekuatan sendiri.
Katanya, setiap kawasan mempunyai pendekatan tersendiri dalam mendekati rakyat, justeru penggunaan lambang sendiri diyakini mampu memperkukuh pengaruh di akar umbi serta meningkatkan penglibatan masyarakat tempatan.
“Penggunaan logo sendiri bukan sekadar lambang, sebaliknya isyarat jelas bahawa UPKO sentiasa fokus, ikhlas dan berani dalam memperjuangkan hak serta hala tuju Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, bagi UPKO Lahad Datu, kemenangan sebenar bukan hanya dilihat daripada kerusi yang dimenangi, tetapi melalui sejauh mana parti dapat mengekalkan kepercayaan rakyat dan memperkukuh pengaruhnya di semua lapisan masyarakat.
Katanya, UPKO Lahad Datu kekal komited untuk memperkasakan parti, memastikan suara rakyat Sabah terus didengar, serta menjadikan kepentingan negeri sebagai keutamaan utama.


















Comments