top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO Libaran siap sedia hadapi PRU15


11 Oktober 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Libaran siap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Ketua Bahagiannya Dr Peter Jr Naintin berkata, Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Parlimen Libaran telah diaktifkan lebih awal bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di kawasan itu.


“Saya sudah membuat persiapan awal mengaktifkan Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Parlimen Libaran dan juga bersiap sedia menhgadapi PRU15.


“Kita bekerjasama rapat dengan semua parti komponen dalam PH seperti DAP dan PKR kawasan Libaran,” katanya, di sini, hari ini.


Jentera PRU15 terdiri daripada Ketua CLC, Ketua PDM dan Ketua Cawangan UPKO Libaran yang telah menghadiri beberapa taklimat berkenaan PRU15.


Sejurus pembubaran Parlimen semalam, UPKO Bahagian Libaran mengadakan temu rapat dengan DAP Sabah sebagai persediaan PRU15 di Pantai Timur Sabah.


Turut hadir Pengerusi DAP Sabah yang juga Adun Tanjong Papat Datuk Frankie Poon, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sabah merangkap Adun Luyang Phoong Jin Zhe, Penyelaras DAP Batu Sapi, Liau Pui Pui dan Penyelaras DAP Karamunting, Mr Max Million Lee.

Comments


bottom of page