top of page

UPKO mahu beberapa kerusi selain kubu kuat DUN Kadamaian pada PRN akan datang: Ewon

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 3, 2024
  • 1 min read

3 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SIPITANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berhasrat untuk bertanding di beberapa kerusi selain kubu kuat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.


Presidennya UPKO Datuk Ewon Benedick berkata, beliau sudah menyampaikan hasrat itu kepada Ketua Menteri Sabah (Datuk Hajiji Haji Noor) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).


"UPKO mesti bertanding bukan hanya di kawasan Kadamaian yang kita pegang sekarang tetapi beberapa lagi kerusi lain.

"Ini penting supaya UPKO sebagai satu parti yang mahu menyumbang dengan lebih baik kepada tabir urus negara harus diberi ruang yang besar di peringkat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bermula dengan kerusi-kerusi yang lebih banyak dalam pilihan raya akan datang," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen UPKO Zon E (Sipitang dan Wilayah Persekutuan Labuan), di Pusat Kebudayaan Lundayeh Sabah, di sini, hari ini.


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pada PRN akan datang, tidak ada lagi gabungan sama seperti yang berlaku pada tahun 2020.

Menurutnya keadaan sudah jauh berbeza "maka perbincangan ke atas pengagihan kerusi kerjasama politik semasa pilihan raya seharusnya merupakan perbincangan baru".


"Pada saya dan pada UPKO perbincangan haruslah sesuatu yang segar dan baru apabila kita membincangkan soal kerjasama dalam pilihan raya negeri Sabah akan datang," katanya.


Ewon berkata parti itu telah mengenalpasti beberapa kerusi yang ingin ditandangi, dan UPKO yakin dapat menyumbang kemenangan di kawasan itu, terutama di kawasan majoriti pengundi KDM dan kerusi campuran.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page