UPKO nafi keluarkan kenyataan tular di media sosialUPKO nafi keluarkan kenyataan tular di media sosial
top of page
  • nabalunews

UPKO nafi keluarkan kenyataan tular di media sosial


25 Oktober 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menafikan sekeras-kerasnya dua kenyaatan yang tular di media sosial hari ini.


Menurut makluman ringkas dalam laman rasmi Facebook UPKO Malaysia hari ini, berita bertajuk “UPKO kerjasama dengan Parti Warisan adalah idea kami paling teruk” dan "Kami bersedia gantikan tempat PBS dan UMNO dalam Kabinet Negeri Sabah" yang tular di media sosial adalah berita palsu.


Namun UPKO tidak menolak kemungkinan perkara ini dilakukan oleh segelintir pihak yang berniat tidak baik bagi mengelirukan pemikiran rakyat.


Sebarang perkembangan semasa dan berita sahih daripada UPKO, sila ikuti semua saluran media sosial rasmi UPKO, Facebook Page UPKO Malaysia, Twitter UPKO Malaysia, Telegram UPKO Malaysia dan Youtube UPKO Malaysia.

bottom of page