top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO Penampang sertai gotong -royong perdana bantu warga tua, OKU


23 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang menyertai Program Gotong-Royong Perdana membersihkan kawasan rumah seorang warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditimpah tanah runtuh akibat hujan kuat, September lalu.


Program itu dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Jannie Lasimbang dan merupakan program bersama yang julung kali diadakan setelah UPKO menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan.

Turut menyertai gotong-rotong itu ialah Timbalan Ketua Bahagian Upko Penampang Carl Moosom, Naib Ketua Cheong KM, Timbalan Ketua Wanita Penampang Felimena, AJK Wanita Cartine Monjungal dan Ketua Pemuda Alex Vern bersama Setiausaha Ebell Dominic turut.


Selain Upko, difahamkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hadir bersama Rally Malaysia, Mercy dan kelab bola sepak Mimpagat untuk membersihkan kawasan rumah yang dimiliki oleh Dionysius Pius Yonisia Pius dan Guinah Yambai itu.

PDRM Penampang juga turut serta sekaligus mempermudahkan kerja-kerja utama membersihkan pokok-pokok tumbang di belakang rumah mangsa yang juga OKU dan warga emas.


“Bagi pihak UPKO Penampang dan UPKO Malaysia kita alu-alukan inisiatif YB Jannie dan pejabatnya. Sebelum ini mereka berjaya membantu penduduk di Kg. Suok Maang yang mengambil masa dua minggu untuk diselesaikan,” katanya.

Comments


bottom of page