UPKO Ranau Anjur Program Ziarah Kasih di Kampung Mangkadait dan Miruru
- nabalunews
- Mar 20, 2025
- 1 min read

20 Mac 2025
RANAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Ranau meneruskan usaha kebajikan menerusi program Ziarah Kasih bagi menyantuni warga emas di Kampung Mangkadait dan Kampung Miruru, di sini, hari ini.
Ketua Bahagian UPKO Ranau, Georgina George berkata, sepanjang program ini, seramai 27 warga emas menerima sumbangan bakul makanan sebagai tanda prihatin dan sokongan kepada komuniti setempat.
Katanya, program seperti ini akan diteruskan secara berterusan tanpa mengira fahaman agama atau politik.
“Inisiatif ini sejajar dengan visi UPKO yang sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
"Kami mahu memastikan masyarakat, terutama warga emas, tidak rasa terpinggir. Sumbangan ini adalah salah satu cara untuk menghargai mereka dan memastikan kebajikan mereka terjaga," katanya.
Turut hadir Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Miruru, Jakieboy Jinul bersama wakil daripada Pergerakan Pemuda UPKO Ranau, Amirul Azril dan Silverinus Gentel.
Georgina berkata, program Ziarah Kasih ini bukan saja membantu meringankan beban golongan memerlukan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin setempat.
Sehubungan itu, Georgina turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) UPKO Ranau yang hadir untuk memberikan sokongan dalam menjayakan program tersebut.















Comments