top of page

UPKO Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

  • nabalunews
  • May 4
  • 1 min read


4 May 2025


TENOM: Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan paras air Sungai Pagalan dan Sungai Padas, di sini, terus naik mendadak.


Ia sekali gus mengakibatkan beberapa kampung sekitar daerah Tenom dilanda banjir dan menjejaskan aktiviti seharian penduduk terjejas.


Difahamkan, antara kampung yang terkesan ialah Kampung Bunut dan Kampung Makakagas, di sini, yang terjejas sehingga menyukarkan kehidupan penduduk.



Prihatin dengan nasib penduduk, Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tenom, Junik Bajit segera turun padang bagi menghulurkan bantuan.


Katanya, bantuan awal yang disalurkan berupa bekalan air mineral dan bahan makanan kepada keluarga yang terkesan.


“Ini merupakan tanggungjawab bersama. Kita mesti saling membantu dalam saat-saat sukar seperti ini.



“Diharap, sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa banjir dan mendoakan agar keadaan kembali pulih dengan segera,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada wakil penduduk kampung.


Junik berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan penduduk terjejas dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page