top of page

UPKO Sepanggar Sedia Hadapi PRN17

  • nabalunews
  • 5 days ago
  • 1 min read

ree

30 Julai 2025


SEPANGGAR: Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sepanggar mengumumkan kesiap-siagaan penuh jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang bakal berlangsung tahun ini.


Ketua Bahagian UPKO Sepanggar, Datuk Wong Thien Fook berkata, pihaknya sudah melakukan pelbagai persiapan rapi termasuk penyelarasan struktur jentera pilihan raya di peringkat akar umbi.


Katanya, ia bagi memastikan kelancaran gerak kerja kempen serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan semasa pilihan raya berlangsung.


“Kami bukan saja bersedia dari segi logistik dan jentera, malah kami memahami isu-isu tempatan yang membelenggu rakyat Sepanggar sejak sekian lama.


“Ia termasuk masalah infrastruktur, bekalan air, peluang pekerjaan dan ekonomi serta kemudahan pendidikan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bahagian, hari ini.


Menurutnya, UPKO Sepanggar kekal komited untuk membawa pembangunan mampan dan berimpak tinggi kepada rakyat, seiring aspirasi kerajaan MADANI dan hala tuju pembangunan negeri Sabah.


“UPKO telah lama berkhidmat dan melayani rakyat di kawasan Sepanggar dalam pelbagai keadaan untuk membangunkan komuniti.


“PRN17 adalah medan penting untuk rakyat Sabah khususnya di kawasan Sepanggar membuat pilihan demi masa depan yang lebih baik,” katanya.


Sehubungan itu, Wong menyeru seluruh rakyat Sepanggar agar terus memberikan sokongan padu kepada UPKO dalam memastikan kesinambungan pembangunan dan kestabilan politik di kawasan ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page