top of page
  • nabalunews

Upko Tenom lancar Program Lumuat Prihatin


19 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TENOM: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Tenom dan Team Prihatin melancarkan Program Lumuat (Melangkah) Prihatin Tenom dalam bidang pertanian, hari ini.


Ketua Bahagian Upko Tenom Junik Bajit berkata, program itu bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penduduk kampung khususnya ahli parti itu menjana pendapatan dalam bidang pertanian dan penternakan.


“Semasa program ini saya bersama rakan-rakan ahli jawatankuasa Upko dan Prihatin Tenom bergotong-royong menanam 150 anak bibit Pisang Berangan di Kg.Tumantalik Tenom, yang dimiliki oleh AJK Prihatin Tenom Lawrence Lauseh.



“Kami juga melawat kolam ikan talapia merah dan Kebun Jambu Batu milik Jubidol Lauseh AJK Upko Tenom di Kg.Mandalom,” katanya.


Junik berharap, Program Lumuat itu dapat membantu dan menggalakkan rakan-rakan Upko menjana pendapatan dalam bidang pertanian dan penternakan.


Prihatin Tenom turut meninjau Dewan mendiang Jinuin Jimin antara pengasas PDS Tenom.

bottom of page