top of page

UPKO Tenom Santuni Masjid dan Surau

  • nabalunews
  • Mar 22
  • 1 min read


22 Mac 2025


TENOM: Bagi mengimarahkan semangat Ramadan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tenom mengambil inisiatif turun padang menyantuni jemaah masjid dan surau sekitar kawasan Melalap.


Rombongan UPKO Tenom itu turut berkesempatan mengagihkan buah kurma dan sumbangan wang tunai ke masjid serta surau secara berperingkat.


Ketua Bahagiannya, Junik Bajit berkata, sumbangan itu adalah tanda ingatan dan sokongan kepada jemaah yang mengimarahkan rumah ibadat sepanjang bulan yang mulia ini.



"Ramadan adalah bulan kebersamaan dan keikhlasan. Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat kepada jemaah.


“Ia juga diharap dapat membantu pihak masjid serta surau melancarkan persiapan aktiviti sepanjang bulan puasa tahun ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada beberapa masjid dan surau.



Turut hadir, Biyana Markus, Ketua Wanita, Rosinah Abok serta ahli jawatankuasa UPKO Tenom.


Junik berkata, apa yang lebih penting adalah semangat perpaduan dan sikap saling membantu tanpa mengira latar belakang, demi kesejahteraan masyarakat Melalap.


Sementara itu, wakil surau dan masjid yang menerima sumbangan tueut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh UPKO Tenom khususnya di kawasan Melalap.


Malah, ada yang menegaskan, inilah yang membuktikan Ramadan bukan hanya sekadar berpuasa, tapi juga soal bersedekah dan bantu-membantu.


Inisiatif yang diambil membuktikan bahawa pemimpin UPKO Tenom cakna akan keperluan masyarakat di setiap peringkat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page