UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya
- nabalunews
- 17 minutes ago
- 1 min read

18 November 2025
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran menghormati keputusan bekas Naib Presiden merangkap Setiausaha Bahagian, Fairuz Bandar yang meletakkan jawatan pada 12 November lalu.
Ketua Bahagian UPKO Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata, sebagai sebuah negara yang demokrasi, adalah menjadi hak individu untuk menentukan hala tuju masing-masing dalam proses politik negara.
"UPKO Tuaran merakamkan penghargaan atas komitmen serta sumbangan Fairuz sepanjang perkhidmatannya dalam parti.
"Kita mendoakan agar beliau terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi," katanya.
Madius yang berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat UPKO Bahagian Tuaran di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau yang juga Presiden Kehormat UPKO memaklumkan, mesyuarat tersebut sebulat suara memilih Penolong Setiausaha, Jinik Boliking, sebagai Setiausaha UPKO Tuaran yang baharu.
"Bagi jawatan Ketua Perhubungan Dewan Undangan Negeri (CLC) Pantai Dalit, yang sebelum ini disandang dua penama termasuk Fairuz, tanggungjawab itu kini disandang sepenuhnya oleh seorang lagi penama iaitu Terrence Lee Swee Hong @ Terence," katanya.


















Comments