top of page

UPKO Tuaran Sokong Guna Logo Parti Sendiri Pada PRN Sabah ke-17

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

4 September 2025


TUARAN: Biro Penerangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Tuaran menyatakan sokongan penuh terhadap saranan akar umbi agar parti menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.


Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Penerangan UPKO Tuaran, James Kimin berkata, penggunaan logo parti sendiri adalah penting bagi memperkukuhkan identiti UPKO sebagai sebuah parti tempatan yang konsisten memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah. Menurutnya, mesej jelas daripada akar umbi menunjukkan keinginan untuk melihat UPKO tampil dengan jati diri tersendiri dalam pilihan raya akan datang.


“Ini bukan soal menolak kerjasama politik, tetapi satu penegasan terhadap kekuatan dan keunikan UPKO sebagai suara rakyat Sabah. Kami percaya penggunaan logo sendiri mampu membangkitkan semangat juang dan keyakinan dalam kalangan ahli serta penyokong di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan media.


Tambah beliau lagi, sokongan ini berdasarkan keputusan sebulat suara yang dicapai dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian UPKO Tuaran baru-baru ini. Sehubungan itu, UPKO Tuaran menyeru kepimpinan pusat agar mengambil kira pandangan akar umbi sebagai manifestasi semangat demokrasi yang menjadi asas perjuangan parti.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page