top of page
  • nabalunews

UPPM dan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian tinjau jalan rosak akibat banjir di Kampung Tobur, Kelawat


3 September 2024


KOTA BELUD: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian dan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick hari ini mengadakan lawatan mengejut untuk meninjau keadaan jalan yang rosak akibat banjir di Kampung Tobur, Kelawat.


Lawatan ini diketuai oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat Kadamaian, Juin Kolod.


Lawatan ini dilakukan susulan aduan daripada penduduk kampung mengenai kerosakan teruk jalan utama Kampung Tobur akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.


Lawatan ini bertujuan untuk menilai kerosakan jalan dan seterusnya mengambil langkah segera bagi menangani masalah ini demi kesejahteraan penduduk setempat.

Comments


bottom of page