top of page

UPPM Kadamaian dan Pusat Khidmat Kadamaian sampaikan sumbangan kepada 2 keluarga mangsa kebakaran di Kg Tintapon

  • nabalunews
  • Aug 30, 2024
  • 1 min read

30 Ogos 2024


KOTA BELUD : Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian dan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian hari ini menziarahi 2 keluarga di Kampung Tintapon, Kota Belud yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran awal pagi semalam.


Lawatan yang diketuai oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat Kadamaian, Juin Kolod mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga Belson Sulach dan Rodika Surag yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi berkenaan, bagi meringankan beban mangsa kebakaran.


Kebakaran kira-kira 5 pagi semalam dipercayai berpunca litar pintas.


Semoga mangsa kebakaran tabah menghadapi dugaan ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page