top of page

UPPM Kadamaian sampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Kampung Katol Tekulung

  • nabalunews
  • Aug 31, 2024
  • 1 min read


31 Ogos 2024


KOTA BELUD: Prihatin dengan nasib malang yang menimpa sebuah keluarga yang menjadi mangsa ribut di Kampung Katol Tekulung di sini, wakil Pejabat ADUN Kadamaian telah menyampaikan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga tersebut.


Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis dan Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Samuel mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menziarahi dan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga Maubil @ Mobil Gompus @ Gampus.


Rumah keluarga ini dihuni seramai 6 orang iaitu pasangan suami isteri warga emas dan 4 kanak-kanak yang juga cucu warga emas terbabit.

Ribut yang melanda kira-kira 2.30 petang semalam merosakkan struktur rumah Maubil, atap rumahnya diterbangkan angin kencang, menyebabkan keluarga ini kini dalam kebimbangan.


Dalam program ziarah ini, keluarga Maubil turut dimaklumkan bahawa bantuan berupa peralatan membaiki rumah seperti zink untuk menggantikan atap rumah yang diterbangkan angin akan turut disumbangkan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page