top of page

UPPM Kadamaian Sumbang 10 Kerusi Panjang kepada Gereja SDA Kampung Narinang

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Kidd


5 Mac 2026


KOTA BELUD: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian hari ini telah menyerahkan 10 buah kerusi panjang kepada pihak Gereja Seventh Day Adventist (SDA) Kampung Narinang.


Penyerahan tersebut berlangsung secara ringkas di perkarangan Pejabat ADUN Kadamaian.


Sumbangan ini disampaikan oleh wakil UPPM bagi pihak Timbalan Ketua Menteri III dan ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, sebagai tanda sokongan terhadap keperluan kemudahan rumah ibadat di kawasan berkenaan.

Kerusi panjang berkenaan telah diterima oleh Ketua Cawangan UPKO Kampung Narinang, Koimon Ginsuab, mewakili pihak Gereja SDA Kampung Narinang.


Beliau turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan perhatian pemimpin kawasan terhadap keperluan masyarakat setempat.


Menurut wakil UPPM, sumbangan ini diharapkan dapat meningkatkan keselesaan para jemaat dalam menjalankan aktiviti keagamaan serta mempereratkan hubungan antara pemimpin dan komuniti di kawasan Kadamaian.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page