top of page

UPPM Kadamaian Tinjau Jalan Rosak, Komuniti Hadapi Kesukaran Akses Sekolah

nabalunews
Mar 4
1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


4 Mac 2026


KOTA BELUD: Keadaan jalan raya di beberapa kampung di Kadamaian yang mendapat rungutan daripada komuniti setempat telah ditinjau sendiri oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, hari ini.


Tinjauan yang dijalankan di laluan Podos-Gensurai-Melangkap itu melibatkan tiga jalan utama iaitu Jalan Podos-Taginambur, Jalan Gensurai-Tinata dan Jalan Tinata-Melangkap.


Menurut Pemantauan di lokasi, ketiga-tiga laluan berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan teruk dan menyukarkan pergerakan penduduk, terutama membabitkan akses ke sekolah dan keperluan harian.

Tinjauan berkenaan diketuai oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Fandhy Rajin serta disertai Pemaju Mukim Hadlee Panchai, Risin Sikin dan Pinol Timun.


Fandhy menjelaskan bahawa pihaknya menerima rungutan dan aduan daripada komuniti tiga kampung, termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Gensurai dan PIBG SK Podos, berhubung kesukaran yang dihadapi akibat keadaan jalan yang teruk.


"Kita akan mengadakan perbincangan bersama konsesi penyelenggaraan Bekaya Sdn Bhd dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam mencari jalan penyelesaian segera," katanya ketika ditemui selepas tinjauan.

Beliau berharap perbincangan bersama semua pihak berkepentingan dapat menemukan formula terbaik bagi menangani masalah infrastruktur jalan yang menjadi nadi perhubungan penduduk di kawasan berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page