top of page
  • nabalunews

Usahawan agensi KUSKOP, koperasi terjejas banjir boleh mohon tangguh bayar pinjaman: Ewon





2 Julai 2024

 

PENAMPANG: Usahawan dan koperasi yang terjejas akibat banjir boleh memohon untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman di bawah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk tempoh maksima enam bulan.

 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata usahawan dan koperasi yang terjejas boleh menghubungi pegawai agensi masing-masing untuk maklumat dan tindakan lanjut.

 

Beliau berkata KUSKOP sentiasa prihatin dengan usahawan dan koperasi yang terkesan dengan bencana banjir itu serta akan membantu mereka untuk memulihkan perniagaan masing-masing.

 

"Kita ada dasar tangguhkan pembayaran balik pinjaman ini untuk usahawan dan koperasi terjejas banjir, saya akan sentiasa berhubung dengan pegawai kementerian (KUSKOP) bagi memastikan dasar kita ini dapat membantu," katanya kepada Bernama di sini, kelmarin.

 

Banjir yang dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan tengah hari semalam sehingga malam tadi menyebabkan 112 mangsa daripada 40 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang pagi kelmarin.

 

Ewon berkata pihaknya hari ini menyalurkan RM30,000 untuk menyediakan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas dan bantuan itu sebagai tambahan kepada RM20,000 yang disalurkan bagi membantu mangsa banjir itu, pada Ahad. - Bernama

 

תגובות


bottom of page