Usahawan BEP KUSKOP berjaya jana potensi jualan lebih RM300 juta di Dubai
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Usahawan BEP KUSKOP berjaya jana potensi jualan lebih RM300 juta di Dubai

6 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 syarikat Malaysia di bawah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menyertai pameran perdagangan makanan dan minuman (F&B), Gulfood 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) merekodkan potensi jualan sebanyak RM318,515,295 (USD72,525,000).


Kesemua syarikat tempatan yang mengikuti Program Eksport Perniagaan (BEP), sebuah program intervensi dibawah SME Bank, menyertai pameran di Dubai selama empat hari bermula 20 Februari lalu.


Gulfood 2023 adalah pameran perdagangan makanan dan minuman (F&B) terbesar dunia.


Menurut KUSKOP, potensi jualan bernilai RM318,515,295 melebihi sasaran awal sebanyak RM10 juta dan telah menerima tempahan pembekalan daripada pelbagai negara selepas empat hari penganjuran pameran itu.


Katanya, semasa misi Gulfood 2023 tersebut, syarikat Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) RM2.5 juta dengan syarikat Grand Hypermarket Dubai untuk membekalkan kopi pracampuran.


“Penyertaan pertama kali usahawan-usahawan di bawah bimbingan

KUSKOP di Gulfood 2023 jelas membuktikan Gulfood merupakan salah satu platform hebat dalam menonjolkan pelbagai rangkaian produk halal F&B usahawan-usahawan Malaysia yang berkualiti, inovatif dan berdaya saing untuk pembeli di Dubai serta negara-negara serantau Timur Tengah dan Afrika Utara.


“Syarikat-syarikat yang menyertai Gulfood 2023 adalah Tisha Food Manufacturing Sdn Bhd, Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd, World Marketing Work Sdn Bhd, Bayu Gagah Marketing (M) Sdn Bhd, SHRF Food Industries Sdn Bhd, CSM Dairy Success Sdn Bhd, Azaib Holdings Sdn Bhd, SD Impex Sdn Bhd, AW Manufaturing Sdn Bhd, The Boom Beverage Sdn Bhd dan Zhafou Global Sdn Bhd,” katanya.

bottom of page