top of page

Utamakan keselamatan, patuhi arahan pihak berkuasa – Madius

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

20 Februari 2026


KOTA KINABALU: Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau merakamkan rasa prihatin dan simpati mendalam terhadap semua mangsa yang terjejas akibat banjir di beberapa daerah di negeri ini.


Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau mengingatkan penduduk di kawasan terlibat agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta mematuhi segala arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.


“Hati kita bersama semua mangsa yang sedang melalui saat sukar dan penuh cabaran. Kepada semua mangsa banjir, teruslah kuat dan tabah menghadapi ujian ini.


“Utamakan keselamatan diri dan keluarga, patuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke pusat pemindahan sementara sekiranya diarahkan,” katanya.


Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, beliau yakin kerajaan negeri bersama agensi berkaitan sedang bertungkus-lumus di lapangan bagi melaksanakan operasi bantuan dan menyelamat serta memastikan kebajikan mangsa sentiasa terpelihara.


Dalam masa sama, beliau turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar keadaan banjir di Sabah segera pulih dan semua mangsa terjejas diberikan kekuatan menghadapi ujian berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page