top of page

Video tular lelaki cuba lari dari sekatan jalan raya: Polis tahan 1 suspek

nabalunews

8 Oktober 2024 

Oleh Wartawan Nabalu News 


TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 35 tahun susulan sebuah video tular memaparkan seorang individu cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya di sini, semalam.


Menurutnya, pihaknya membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 26(2) Akta Polis 1967.


"Polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek dan hasil siasatan itu kelak, akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi semalam di Jalan Utara, berhampiran sebuah sekolah agama di daerah ini.


Katanya, seorang anggota polis terlibat yang bertugas di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau sudah membuat laporan polis pada hari yang sama.


Sejak semalam, tular dua video di media sosial yang memaparkan aksi kejar-mengejar di antara seorang polis trafik dan seorang lelaki orang awam, dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang sedang dijalankan pihak polis trafik.


Dalam salah satu video berdurasi 0.15 saat turut menyaksikan anggota polis terlibat mengeluarkan pistol dan mengacukan terhadap suspek. Satu lagi video berdurasi 0.08 saat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page