Video tular tembok konkrit runtuh bukan di Sabah – polis
- nabalunews
- Aug 27, 2024
- 1 min read

27 Ogos 2024
KOTA KINABALU : Polis menafikan berlaku runtuhan tembok konkrit berhampiran sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu, seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, video berdurasi satu minit 18 saat itu tular di media sosial sejak petang tadi, namun ia disahkan bukan berlaku di Kota Kinabalu.
Sebaliknya difahamkan runtuhan tembok konkrit itu berlaku di Vladivostok, Russia pada 24 Ogos lalu.
Kejadian itu ditularkan pihak tertentu kononnya ia berlaku di belakang sebuah pusat beli-belah, di sini.
Sebaliknya tiada sebarang kejadian runtuhan tanah dilaporkan pihak berkuasa di Kota Kinabalu setakat ini.
Terdahulu, tular sebuah video di media sosial berdurasi satu minit 18 saat memaparkan runtuhan tembok konkrit hingga menghempap beberapa kenderaan yang parkir di kawasan berkenaan.
Comments