Vivian kritik tindakan Menteri Dalam Negeri ‘fotokopi’ jawapan isu PATI di SabahVivian kritik tindakan Menteri Dalam Negeri ‘fotokopi’ jawapan isu PATI di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Vivian kritik tindakan Menteri Dalam Negeri ‘fotokopi’ jawapan isu PATI di Sabah



7 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Vivian Wong Shir Yee mengkritik jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa sesi penggulungan menteri berkaitan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang hanya 'fotokopi' jawapan mengenai isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah.


Vivian berkata, semasa sesi persidangan Parlimen tahun lepas, beliau menamakan isu PATI sebagai "ibu kepada segala masalah" di Sabah, dan meminta kerajaan tegas menetapkan satu strategi dan rancangan konkrit berdasarkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan PATI di negeri ini.


“Menteri yang sama kemudiannya menjawab bahawa kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Sabah dan jawatankuasa teknikal untuk menyelesaikan isu ini.


"Hari ini, Menteri yang sama, apabila ditekan berkenaan apakah yang telah dilakukan kerajaan untuk menangani masalah imigran di Sabah, beliau hanya mengulangi reaksi sama dari tahun lalu tanpa kemajuan yang nyata.


“Masih dengan hal yang lama iaitu membentuk jawatankuasa atau jawatankuasa khas, lebih banyak mesyuarat dan lebih banyak libat urus,” katanya.


Vivian berkata, ini menunjukkan kerajaan kurang komitmen dan kehendak untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah.


"Apakah maknanya membelanjakan duit pembayar cukai untuk membina lebih banyak pusat tahanan untuk menempatkan pendatang asing ini?


“Ini sebenarnya tanda kegagalan kerajaan mengurus dan mengawal masalah PATI di Sabah. Kita memerlukan sistem yang lebih komprehensif untuk mengenalpasti dan mengurus keberadaan populasi yang besar dari kalangan pendatang asing ini.


“Beban kewangan yang kita hadapi untuk memberikan vaksin kepada penduduk migran yang besar ini di Sabah serta ketidakupayaan kita mengesan dan mencari mereka juga menjadi peringatan serius kepada pihak berkuasa untuk menangani isu ini secepatnya,” kata Vivian.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page