top of page

Vivian mahu Shafie hentikan menyebar kenyataan yang tidak sahih dan tidak berfakta

  • nabalunews
  • Jul 28, 2024
  • 2 min read
ree

28 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Vivian Wong Shir Yee menggesa Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, agar menarik balik kenyataan palsu beliau mengenai mendiang ayahnya, Datuk Stephen Wong yang dikatakan pernah ingin melompat parti.


Jelasnya, kenyataan Shafie itu dilihat tidak rasional dan hanya mahu mencapai kepentingan parti serta agenda peribadi beliau sendiri sahaja.


Vivian yang juga Ahli Parlimen Sandakan mahu Shafie berjanji untuk tidak menyebarkan maklumat tidak benar dalam apa-apa majlis termasuk ceramah politik.


Beliau membuat kenyataan itu setelah dimaklumkan bahawa Shafie ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Parti Warisan Bersama Masyarakat Cina di Restoran Kenalanmu  Seafood Sandakan secara terbuka mengeluarkan kenyataan palsu dan mengelirukan bahawa mendiang Datuk Stephen Wong pernah berniat untuk melompat parti.


Ucapan itu disiarkan secara langsung di Facebook.


Pada masa yang sama, Vivian dan keluarganya menyatakan bahawa mereka berhak untuk mengambil segala tindakan undang-undang yang diperlukan dan meminta Shafie serta para ahli parti agar berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan serta tidak mengganggu ketenteraman dan ketenangan pihak berkaitan, hanya kerana mahu mencapai agenda peribadi dengan menyebarkan kenyataan palsu ini.


Vivian menegaskan bahawa ayahnya, mendiang Datuk Stephen Wong, adalah seorang pemimpin yang setia dan berintegriti yang telah berjuang demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan Sabah sehingga saat terakhirnya.


"Shafie tidak sepatutnya menjadikan perkara ini sebagai topik untuk propaganda yang dianggap tidak menghormati mendiang dan rakan pimpinannya," katanya.


Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa ayahnya amat membenci pengkhianatan, terutama membabitkan

rakan seperjuangan.


Vivian berasa sangat kecewa dan sedih dengan tindakan Shafie yang tidak matang dan hanya cakap lepas sahaja.


"Pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020, DAP pernah menjadi sekutu yang bersama-sama mempertahankan kuasa di negeri Sabah.


"Tetapi pada Pilihan Raya Umum 2022, kami dikhianati, di mana bekas sekutu kami terus bertanding di kawasan pilihan raya DAP dan hal ini sangat dikesalkan," katanya.


Selain itu katanya, Shafie juga pernah menerima masuk ke dalam Parti Warisan, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Elopura, Calvin Chong yang melompat parti keluar dari DAP yang seolah-olah telah mengkhianati rakan seperjuangan.


"Kini, tanpa rasa segan, Shafie menyebarkan kenyataan palsu mengenai mendiang ayah saya yang sangat tidak beretika," katanya.


"Di sini, saya menasihatkan Shafie, sebagai seorang pemimpin parti, agar berpegang kepada prinsip integriti dalam menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat Sabah." tambahnya.


Vivian berasa sangat kecewa dan sedih apabila seorang pemimpin Sabah yang dihormati kini menggunakan propaganda palsu untuk mengelirukan masyarakat yang bijak, serta mencemarkan kepercayaannya sendiri.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page