Wan Junaidi: Kerajaan boleh pertimbang tambah kuota Ahli Dewan Negara
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Wan Junaidi: Kerajaan boleh pertimbang tambah kuota Ahli Dewan Negara


18 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Kerajaan boleh untuk menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri, jika terdapat keperluan.


Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dua wakil boleh dipilih dari negeri masing-masing untuk ke Dewan Negara, namun jumlah itu boleh ditambah mengikut budi bicara kerajaan.


"Kerajaan boleh menambah seorang lagi...macam House of Lords di England, United Kingdom pada satu-satu masa ada 1,800 orang (Senator).. tiada masalah kalau ditambah," katanya kepada selepas Majlis Interaksi bersama Yang Dipertua Dewan Negara, Siri 1 2023, di Bangunan Parlimen.


Tambah beliau, jumlah Ahli Dewan Negara sekarang adalah 70 orang, iaitu 26 orang yang dipilih dan 44 orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.


"Bergantung kepada kerajaanlah... sekarang kita ada dua orang diundi menjadikan mereka yang dipilih seramai 26, manakala yang dilantik Yang di-Pertuan Agong seramai 44 orang.


Wan Junaidi berkata demikian ketika mengulas cadangan beberapa pihak yang mahu kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada negeri ditambah, sebagai usaha memperkasakan fungsi Dewan Negara.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page