Wanita 28 Tahun Dilaporkan Hilang di Penampang
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

12 Februari 2026
KOTA KINABALU: Seorang wanita dikenali sebagai Julia Maning, 28 tahun, dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi sejak 10 Februari 2026.
Mangsa yang menetap di Beverly Hills, Bundusan dan bekerja sebagai kakitangan sebuah restoran francais popular, sebelum ini memaklumkan hasrat untuk pulang ke Lahad Datu. Namun selepas tarikh tersebut, telefon bimbitnya tidak lagi dapat dihubungi.
Menurut ahli keluarga, sejak kebelakangan ini mangsa sering memuat naik status sedih di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan.
Keluarga masih belum menerima sebarang khabar daripadanya dan amat berharap orang ramai dapat membantu menyalurkan maklumat.
Sebarang informasi mengenai keberadaan mangsa boleh disalurkan kepada talian 016-292 3329.
Orang ramai juga diminta berkongsi maklumat ini bagi memudahkan usaha pencarian.


















Comments