Wanita 57 tahun hilang di Semporna sejak 3 April
- nabalunews
- Apr 5
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
5 April 2026
SEMPORNA: Seorang wanita berusia 57 tahun, Esnirah Lakim, dilaporkan hilang sejak keluar dari kediamannya di Kampung Salimbangun, Semporna pada 3 April 2026, kira-kira jam 1.00 tengah hari.
Beliau dikatakan hendak pergi ke Kampung Kubang Baru, Semporna namun setakat ini tidak kembali ke rumah.
Polis Daerah Semporna mengesahkan menerima laporan bernombor Semporna/2617/2026 – JP/KEP/OH/04/2026 berhubung kejadian tersebut.
Esnirah berbangsa Bajau, mempunyai ketinggian 143 cm, badan kurus, dan kali terakhir dilihat memakai baju kelabu, seluar panjang hitam serta tudung hitam.
Pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah melihat individu berkenaan supaya segera menghubungi Pegawai Penyiasat, Sub-Inspektor Tukiman Horjo Satomu di talian 089-782020 (Balai Polis Semporna) atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Bantuan dan kerjasama daripada orang awam amat diperlukan," kata kenyataan rasmi polis.















Comments