top of page

WANITA CEDERA DISAMUN LELAKI BERSENJATA PISAU

  • nabalunews
  • Oct 16, 2020
  • 1 min read


16 OKTOBER 2020


LABUAN: Seorang wanita cedera di bahagian muka, lengan dan perut akibat ditendang dan ditumbuk dalam kejadian samun kira-kira 4.10 pagi Rabu, 14 Oktober 2020.


Ketua Polis Daerah WP Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata wanita Cina yang merupakan pekerja sebuah hotel itu disamun di rumah sewanya di Kg Sungai Labu.


“Suspek pelaku samun adalah penganggur, lelaki berumur 28 tahun dan bersenjatakan pisau,” katanya.


Farid menjelaskan, suspek berkenaan berjaya ditahan hari yang sama kira-kira 2.00 petang dan merampas telefon bimbit milik mangsa serta sebilah pisau pemotong sayur yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.


Menurut Farid, suspek melakukan samun dengan memecah masuk ke dalam rumah sewa mangsa dan seterusnya mengarahkan mangsa agar tidak menjerit. “Namun mangsa melawan dan berlaku pergelutan sehingga mangsa mengalami kecederaan,” katanya.


Jelas Farid, suspek kemudian bertindak agresif dengan mengacukan sebilah pisau ke arah mangsa dan meminta mangsa menyerahkan barang-barang berharga di dalam begnya berisi wang tunai RM80 dan telefon bimbit yang kesemuanya dianggar RM1,400.


Farid menjelaskan, kes itu diklasifikasi mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.


Sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 20 tahun, dan dikenakan denda atau sebat. – Oleh Henry Bating/ Utusan Borneo

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page