top of page

Wanita Ditemui Sehari Selepas Disedari Hilang

  • nabalunews
  • May 9
  • 1 min read


Beginilah keadaan pondok di mana mangsa berlindung sampai siang
Beginilah keadaan pondok di mana mangsa berlindung sampai siang

9 Mei 2025


SOOK: Seorang wanita yang dikhuatiri hilang di kawasan kebun getah di Kampung Johan Jaya pada petang Khamis, ditemui selamat oleh orang kampung, pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Sook, Faisal Ahmad ketika dihubungi berkata, mangsa didapati masih berada di kebun dan dijumpai oleh pekebun bersama anggota Bomba dan Penyelamat pada jam 7.30 pagi


Katanya, pada Khamis Bilik Kawalan Balai terima panggilan kecemasan melalui talian balai, terdapat seorang mangsa dikhuatiri hilang di kebun di Kampung Johan Jaya, Sook.


"Menurut anak mangsa yang membuat panggilan talian Bomba, mangsa telah pergi ke kebun getah menaiki kereta untuk membersihkan kawasan kebun getah sekitar jam 6 pagi dan kebiasaannya mangsa akan balik ke rumah sekitar jam 5 petang namun sehingga malam mangsa belum balik" katanya.


Jelasnya, usaha mencari mangsa oleh orang kampung dijalankan dan hanya menemui kereta mangsa di kawasan kebun namum mangsa gagal dijumpai.


Faizal berkata, susulan kejadian ini pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Sook menerima paggilan kecemasan lebih kurang jam 11.00 malam pada Khamis.


"Pasukan Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi SAR bersama orang kampung dengan radius 100 meter dari lokasi Jentera FRV" katanya.


Walau bagaimanapun katanya, mangsa gagal ditemui sehingga operasi ditangguhkan pada tengah malam.


Tambahnya, semasa operasi dijalankan,

talian telefon mangsa dapat dihubungi tetapi panggilan tidak disambut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page