top of page

Wanita perlu berdaya saing, tingkatkan keupayaan diri demi ekonomi keluarga

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 17, 2023
  • 1 min read

17 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Wanita di negara ini perlu meningkatkan keupayaan diri mereka untuk menyumbang kepada pendapatan keluarga dan memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi dan sosial.


Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata, tidak dinafikan peranan wanita amat penting dalam menjaga, mengurus, menambah dan mengukuhkan ekonomi keluarga.


“Sebab itu, isu ekonomi keluarga amat penting dan kita sebagai kaum wanita mesti mempunyai kesedaran betapa pentingnya peranan kita dalam menjaga, mengurus, menambah dan mengukuhkan ekonomi keluarga.


"Tanpa ilmu, latihan dan kemahiran tidak mungkin wanita mampu mempunyai kebolehan dan keupayaan diri untuk bangkit menjadi wanita yang hebat dan berdaya saing,” pada majlis perasmian Program Keusahawanan Wanita dan Belia Madani Bijak Berdikari di Dewan Mesyuarat, UTC Kota Kinabalu, hari ini.


Beliau juga menasihati wanita untuk memanfaatkan sebaik mungkin segala kemudahan dan peluang yang disediakan Kerajaan untuk melengkapkan diri agar mampu menjadi ejen perubahan dalam komuniti dan seterusnya menjadi pemimpin kepada organisasi.


"Semua itu memerlukan anjakan awal perubahan sikap, cara berfikir, kesungguhan dan pengorbanan pada diri sendiri, keluarga dan orang-orang di sekeliling," tambah beliau.


Program tersebut anjuran Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Parlimen Sipitang bersama dengan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dan disertai oleh hampir 113 peserta.


Turut hadir Timbalan Pengerusi SCC, Datuk Surinam Sadikun yang juga Penaung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia cawangan Sabah, Ketua Pegawai Eksekutif SCC, Taitim Tulas, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia cawangan Sabah, Hajah Pasang Apsin serta ahli jawatakuasanya.



 
 
 

1 Comment


meliani sarah
meliani sarah
Jun 21, 2025

Main di slot maxwin modal receh bisa jadi gede. https://fctechno.com

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page