Wanita Tawar Khidmat Seks Ditahan
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

25 Ogos 2025
PENAMPANG: Polis berjaya menahan seorang wanita warga asing selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan menawarkan khidmat seks dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Bundusan, di sini, malam tadi.
Dalam operasi jam 10.30 malam itu, wanita berusia 27 tahun terbabit dikatakan menawarkan aktiviti persundalan berkenaan menerusi aplikasi dalam talian.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.
Katanya, siasatan awal mendapati aktiviti persundalan itu dijalankan melalui platform dalam talian sebagai medium untuk mendapatkan pelanggan.
“Polis turut merampas telefon bimbit, kondom serta sejumlah wang tunai dipercayai hasil kegiatan itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti persundalan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, Sammy berkata, pihaknya akan terus komited dalam usaha membanteras kegiatan tidak bermoral berkenaan.
Katanya, orang ramai juga diseru supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di kawasan masing-masing untuk tindakan penguatkuasaan.
Comments