top of page

Wanita Terjatuh ke Parit Akibat Penutup Konkrit Rosak, MDKM Tutup Kawasan Pasar Malam

  • nabalunews
  • Apr 10
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


10 April 2026


KOTA MARUDU: Seorang wanita dilaporkan terjatuh ke dalam parit di kawasan tapak pasar malam di sini pada 7 April 2026 selepas penutup konkrit yang dipijaknya gagal menampung berat akibat kerosakan struktur.


Pihak Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dalam kenyataan rasmi semalam menyatakan rasa simpati dan penyesalan atas insiden tidak diduga tersebut. Sehubungan itu, bagi memastikan keselamatan awam, kawasan berkenaan telah ditutup segera dan semua aktiviti jual beli di lokasi terbabit dihentikan dengan serta-merta.


Hasil pemeriksaan awal mendapati penutup parit berkenaan telah mengalami kerosakan struktur disebabkan faktor usia yang lama serta proses pereputan.

MDKM menasihatkan orang awam supaya lebih berhati-hati dan mengelak daripada menggunakan kawasan penutup parit tersebut sebagai laluan buat sementara waktu ketika berkunjung ke pasar malam bagi mengelakkan kejadian sama berulang.


Pihak majlis turut memohon kerjasama semua pihak supaya memberi ruang kepada tindakan pembaikan yang akan dilaksanakan terhadap penutup parit yang dikenal pasti rosak itu.


Dalam pada itu, pihak penguatkuasaan MDKM akan membantu menyusun semula kawasan tersebut bagi memastikan urusan peniaga dan pengunjung pasar malam dapat berjalan dengan lebih teratur, selamat dan selesa.

Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dalam usaha mengekang kejadian seumpama ini daripada berulang. Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan penutup parit konkrit bagi mengelakkan sebarang risiko.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page