Wanita UPKO Beluran beri sumbangan, tunai keperluan akar umbi Wanita UPKO Beluran beri sumbangan, tunai keperluan akar umbi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Wanita UPKO Beluran beri sumbangan, tunai keperluan akar umbi


Sumbangan Ketua Wanita Upko Beluran kepada cawangan Wanita Upko Kg Kiabau diwakili oleh Josephine berupa alat sukan bola tampar dan jaring.

24 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TELUPID: Pergerakan Wanita UPKO Beluran telah menyerahkan sumbangan kepada beberapa orang ahli bagi membantu dan menunaikan keperluan di peringkat akar umbi parti itu.


Ketua Wanita UPKO Beluran, Fauziah Kudus berkata seramai tiga ahlinya iaitu Milin Kapin, Rufina Isbol, dan Josephine @ Nurfazlina Joseph yang mewakili Cawangan Wanita UPKO Kg Kiabau telah menerima sumbangan.

Sumbangan derma Ketua Wanita Upko Beluran kepada Milin Kapin seorang ibu tunggal yang kehilangan mendiang suaminya.

“Semoga sumbangan ini dapat dimaanfatkan dengan baik dan meringankan sedikit keperluan serta permintaan wanita agar terus cekal dan melangkah progresif,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli Wanita UPKO, di sini, hari ini.

Sumbangan Ketua Wanita Upko Beluran kepada Rufina Isbol bagi membantu menjana micro niaga.

Sumbangan derma ikhlas berbentuk wang tunai diberikan kepada Milin yang merupakan seorang ibu tinggal yang baru kehilangan suaminya dan Rufina Isbol bagi membantu penjanaan microniaga.


Sementara itu, Cawangan Wanita UPKO Kg Kiabau menerima sumbangan berupa alat sukan bola tampar dan bola jaring.

Tags:

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page