Wanita Upko beri bantuan makanan, kewangan kepada mangsa banjir SugudWanita Upko beri bantuan makanan, kewangan kepada mangsa banjir Sugud
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Wanita Upko beri bantuan makanan, kewangan kepada mangsa banjir Sugud


22 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) menyampaikan sumbangan bakul makanan berupa beras dan air mineral kepada mangsa banjir di Sugud baru-baru ini.


Ketuanya Datin Juliana Jani turut menyampaikan cek bernilai RM1,000 daripada Biro Bencana Upko Malaysia dan RM1,000 daripada Persatuan Pertubuhan pembangunan dan kesejahteraan wanita dan keluarga (PELITA).


Manakala bantuan makanan seperti beras pula disumbangkan oleh Timbalan Presiden Datuk Donald Peter Mojuntin.


Turut hadir dalam penyerahan sumbangan itu Timbalan Ketua Exco wanita Nazlin Jemandan.


Selain Wanita, Upko Penampang dan beberapa Upko bahagian lain termasuk Pergerakan Pemuda Upko Pusat turut memberikan sumbangan makanan dan kewangan sepanjang dua minggu pertama selepas bencana banjir itu berlaku dan bantuan-bantuan masih berlanjutan sehingga kini.


“Exco Wanita Upko amat bersimpati dengan keluarga-keluarga yang terlibat dalam bencana ini. Kami berharap agar kerajaan dapat membantu mempercepatkan proses pembersihan di kawasan tersebut memandangkan kebanyakan kawasan masih memerlukan kerja-kerja pembersihan,” kata Juliana.

bottom of page