Wanita UPKO Kota Belud Teruskan Program Kebajikan

Oleh Kidd
24 September 2026
KOTA BELUD: Pergerakan Wanita UPKO Bahagian Kota Belud akan meneruskan program kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan di kawasan itu, kata Ketuanya, Datin Saniah Tuak.
Beliau berkata, usaha itu akan diperkasakan bagi memastikan Wanita UPKO terus mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.
“Wanita UPKO Kota Belud akan meneruskan program yang telah dilaksanakan sebelum ini, khususnya inisiatif kebajikan untuk membantu dan menyantuni mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kedua jawatankuasa Wanita UPKO Bahagian Kota Belud di Dewan Pejabat ADUN Kadamaian, Sky Blue, Kampung Piasau, di sini.

Mesyuarat itu turut membincangkan perancangan dan kesinambungan gerak kerja organisasi.
Saniah berkata, Wanita UPKO Kota Belud juga akan terus menyokong kepimpinan Presiden UPKO yang juga Timbalan Ketua Menteri III Sabah dan ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam melaksanakan khidmat kepada masyarakat.















Comments