Warga emas cedera dalam kemalangan di Kinabatangan

30 November 2024
Oleh : Wartawan Nabalu News
KINABATANGAN : Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun cedera ringan dalam kemalangan di Batu 7, Taman Sejati, Kampung Berjaya, Kinabatangan, malam semalam.
Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Gen-2 yang terbabas sendiri di bahu jalan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian MER999 pada jam 9.20 malam dan menghantar tujuh anggota dari balai itu ke lokasi berkenaan.
Katanya mangsa terlibat telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital menggunakan ambulan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
Jelasnya, pasukan bomba bertindak mencabut kepala bateri dan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi.
Operasi bomba ditamatkan pada jam 10.04 malam.
Comments