Warga emas di Kampung Gendukut, Kadamaian terima bantuan katil boleh laras menerusi Program "I Care Kadamaian"
- nabalunews
- Sep 10, 2024
- 1 min read

9 September 2024
KOTA BELUD: Inisiatif untuk memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir dan terus mendapat perhatian serta bantuan, diteruskan di Kadamaian.
Menerusi program kebajikan "I Care Kadamaian", seorang warga emas di Kampung Gendukut, Kadamaian hari ini menerima bantuan peralatan pemulihan berupa katil boleh laras.
Program ini melibatkan pasukan Crew Homeward yang bekerjasama dengan Pengerusi Kelab Kebajikan Kadamaian, Shainim Epin serta Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Samuel.
Mereka hadir bagi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick dalam misi memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di kawasan Kadamaian, Kota Belud.
Dalam Program "I Care Kadamaian" ini, sebuah katil boleh laras telah disampaikan kepada seorang warga emas, Sinua Takasan yang menetap di Kampung Gendukut, Kadamaian.
Turut hadir dalam acara penyampaian tersebut ialah anak Sinua, Bantason.
Adalah diharapkan semoga sumbangan ini dapat memberikan keselesaan dan membantu meningkatkan kualiti hidup Sinua Takasan.
Semoga program-program sebegini dapat diteruskan demi kesejahteraan komuniti.
Comments