top of page

Warga Emas Hilang Di Kebun Sawit

  • nabalunews
  • 16 hours ago
  • 1 min read

21 Mei 2025


LAHAD DATU: Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas keluar daripada rumahnya di Felda Sahabat 5, Kampung Desa Kencana, di sini, malam tadi.


Wanita berusia 75 tahun yang dikatakan mengalami demensia itu disedari hilang di kawasan kebun sawit kira-kira jam 1 petang.


Usaha ahli keluarga dan penduduk kampung mencari di kawasan sekitar turut gagal sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 malam.


Katanya, sepasukan empat anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Mangsa yang dikenali sebagai Rosmini Iskandar dikatakan mengalami masalah penyakit tua dan demensia hilang di kawasan kebun sawit.


“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, operasi mencari mangsa dijalankan bersama polis dan anak mangsa di kawasan terakhir mangsa dilihat iaitu 200meter dari kawasan rumah.


“Bagaimanapun, operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada jam 1.33 pagi dan disambung semula pagi tadi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, setakat ini, mangsa masih gagal ditemui dan sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Komentāri


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page