top of page

Warga Emas Labuan Rugi Lebih RM680,000 Ditipu 'Pegawai Polis' Palsu

  • nabalunews
  • 25 minutes ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


9 Mac 2026


LABUAN: Seorang wanita warga emas berusia 66 tahun di Labuan menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam) selepas mengalami kerugian berjumlah RM684,400.


Menurut sumber polis, mangsa dipercayai menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai keselamatan siber. Panggilan tersebut kemudiannya disambungkan kepada seorang lagi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.


Suspek telah mengugut mangsa dengan mendakwa bahawa mangsa terlibat dalam kes pengedaran dadah dan penggubahan wang haram. Mangsa yang berasa panik dan takut telah diarahkan untuk memindahkan kesemua wang simpanannya ke beberapa akaun bank yang diberikan atas alasan kononnya bagi tujuan "open book audit" untuk mengesahkan kesahihan wang tersebut.


Akibat arahan tersebut, mangsa telah melakukan beberapa kali transaksi pemindahan wang yang menyebabkan kerugian RM684,400 sebelum menyedari bahawa beliau telah menjadi mangsa penipuan.


Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasa. "Tiada mana-mana agensi kerajaan akan meminta orang awam memindahkan wang ke akaun lain bagi tujuan siasatan," tegas polis dalam kenyataan hari ini.


Orang ramai yang menerima panggilan mencurigakan diminta segera membuat laporan polis bagi mengelakkan lebih ramai mangsa terjejas.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page