top of page

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read



31 Mei 2025


SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh kereta kereta cuba melintas jalan dalam kejadian di Batu 3, Jalan Utara, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 89 tahun dilaporkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Sandakan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K.Ramasamy berkata, hasil siasatan awal, kereta Perodua Axia yang terlibat bergerak dari Bandar Prima menuju ke Bandar Sandakan.


Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa dikatakan secara tiba-tiba melintas jalan berkenaan dari arah kanan ke kiri jalan.


“Bagaimanapun, disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu kenderaan berkenaan tidak sempat mengelak dan terus merempuh mangsa.


“Akibat kejadian berkenaan, mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sandakan untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, mangsa yang menerima rawatan di zon merah hospital berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia.


Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page