top of page

Warga Emas Maut, Motosikal Bergesel Kenderaan Pacuan Empat Roda

  • nabalunews
  • 11 hours ago
  • 1 min read

ree

27 Disember 2025


KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikalnya dilaporkan bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian berhampiran jalan bertingkat di Jalan Lintas, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa berusia 61 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.


Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Jumaat di lokasi berhampiran.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.33 petang.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Kemalangan berkenaan dmelibatkan sebuah motosikal jenis Honda dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai jenis Toyota Hilux.


“Terdapat seorang mangsa iaitu penunggang motosikal terbabit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.03 petang,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page