top of page

Warga emas rentung

  • nabalunews
  • Jan 29
  • 1 min read


Mangsa ditemui rentung dalam stor peralatan kebun
Mangsa ditemui rentung dalam stor peralatan kebun

29 Januari 2025


KOTA MARUDU: Seorang warga emas ditemui rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah stor peralatan berkebun di Kampung Batition, di sini, semalam.


Mangsa membabitkan seorang lelaki berusia 75 tahun dilaporkan rentung di dalam stor berkenaan sebaik api dipadamkan oleh penduduk kampung.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan jam 5.04 petang.


Katanya, sepasukan anggota BBP Kota Marudu bersama jentera dan dibantu empat anggota Pasukan Bomba Sukarela(PBS) Kampung Tingkalanon, terus dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Kebakaran melibatkan sebuah stor penyimpanan peralatan berkebun jenis kekal terbakar hampir 80 peratus keseluruhan struktur.


“Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung menggunakan air baldi sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, terdapat seorang mangsa lelaki rentung di dalam stor berkenaan dan pasukan operasi hanya membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengeluarkan mangsa dari lokasi.


Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.05 petang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page