top of page

Warga Emas Tinggal Bersendirian Ditemui Meninggal Dunia

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read


30 Mei 2025


PAPAR: Perasaan curiga seorang jiran yang terhidu bau busuk membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas dalam kejadian di Melinsung Summer Bay, Apartmen, di sini, semalam.


Lelaki berusia 68 tahun itu yang tinggal bersendirian ditemui pada jam 9.10 malam sebaik pintu rumahnya dibuka pasukan bomba yang dipanggil untuk membantu.


Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihak menerima maklumam daripada orang awam yang mendakwa terhidu bau busuk dari rumah mangsa.


Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati pintu rumah mangsa masih dalam keadaan terkunci.


“Polis kemudiannya menghubungi pihak bomba untuk membantu membuka pintu rumah mangsa.


"Sebaik berjaya dibuka, mangsa ditemui terbaring di salah sebuah bilik di rumah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersendirian di rumah berkenaan.


"Pemeriksaan pada mayat mangsa dan tempat kejadian juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat.


"Mayat mangsa dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Papar dan usaha mengesan ahli keluarga mangsa masih diteruskan," katanya.


Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasiksn sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page