top of page
  • Writer's pictureRowindy Lawrence

Warga SK Minusoh terjejas banjir terima sumbangan UPKO Kinabatangan


29 Mac 2022

Oleh Rowindy Belle


KINABATANGAN: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Minusoh yang turut terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini menerima sumbang daripada Pertubuhan Kinabalu Profresif Bersatu (UPKO) Kinabatangan.


Sumbangan berupa bakul makanan, alat tulis, air mineral dan pelitup muka itu disampaikan oleh Ketua Pemuda bahagian itu Alsa Sunsing.


Sumbangan itu disampaikan terus kepada pihak sekolah untuk diagihkan segera kepada murid sekolah berkenaan.

“Ini merupakan banjir terburuk pernah berlaku di sekolah ini, banyak lumpur masuk ke dalam bilik darjah dan pagar sekolah pun rosak.


“Selain itu, buku-buku sekolah hanyut dan rosak akibat banjir pada malam kejadian itu,” katanya kepada Nabalu News.


SK Minusoh mempunyai 195 murid dan 13 guru. Daripada jumlah itu seramai 68 murid dilaporkan terkesan akibat banjir itu.


Exco Pemuda UPKO Pusat turut menyumbangkan bantuan alat tulis kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Tags:

Kommentare


bottom of page