WARIS KANAK-KANAK PEREMPUAN DICARI
- Wartawan Nabalu News
- Nov 5, 2020
- 1 min read

5 Nov 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA) sedang mengesan keluarga atau waris seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang ditinggalkan ibu kandung mereka.
Pegawai Pelindung daripada Pejabat Kebajikan Daerah Kota Belud, Salbiah Jemon berkata, kanak-kanak perempuan itu ialah Cema Abdullah berusia 8 tahun.
“Saya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kanak-kanak yang telah ditinggalkan oleh ibu kandung mereka.
“Oleh itu saya meminta supaya waris atau sesiapa sahaja yang mengenali kanak-kanak berkenaan tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Maklumat lanjut, hubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Daerah Kota Belud melalui talian telefon 088-976633.
Comments