“Warisan masih kuat, wakil rakyat keluar parti tidak beri kesan”“Warisan masih kuat, wakil rakyat keluar parti tidak beri kesan”
top of page
  • Wartawan Nabalu News

“Warisan masih kuat, wakil rakyat keluar parti tidak beri kesan”


30 Oktober 2021

Oleh Farah Salim


KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari berkata tindakan Datuk Mohammadin Ketapi serta dua lagi wakil rakyat yang keluar parti sebelum ini tidak memberi apa-apa kesan kepada keyakinan rakyat terhadap parti itu.


Mohammadin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama dan Ahli Parlimen Lahad Datu membuat pengumuman itu pagi tadi.


Sebelum ini, seramai dua orang wakil rakyat telah isytihar keluar dari parti Warisan dan menjadi ADUN bebas yang mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yacob dan ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir.


“Saya tahu ramai dari kalangan para pejuang dan ahli parti kecewa dengan tindakan Mohamadin Ketapi. Saya berharap semua rakan rakan wakil rakyat serta para ahli parti dapat bertenang.


“Perlu diketahui bahawa Warisan masih kuat di peringkat akar umbi dan pengisytiharan keluar parti tiga wakil rakyat Warisan sebelum ini tidak memberi apa apa kesan kepada keyakinan rakyat terhadap parti,” kata Ahmad Sah dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurutnya, Warisan masih kekal menjadi wadah perjuangan rakyat Sabah.


“Setelah setahun kerajaan GRS memerintah mereka nyata gagal memenuhi janji janji pilihanraya dan ini membangkitkan kemarahan rakyat di peringkat bawahan.


“Teruskan bekerja membantu rakyat. Percayalah, Warisan akan bangkit lebih kuat pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15),” tegasnya.

Tags:

bottom of page