top of page

YAKUB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT NAIB CANSELOR UMS

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 25, 2020
  • 1 min read


25 Nov 2020


KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Professor Dr. Taufiq Yap Yun Hin di sini, kelmarin.


Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan itu ialah kerjasama berhubung kepakaran UMS dalam bidang sains, teknologi dan inovasi, untuk membantu meningkatkan bidang tersebut di negeri ini.


Selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kedua-dua pihak bercadang untuk mengeratkan hubungan kerjasama dari segi kemahiran yang ada pada pihak universiti kepada pihak industri dan juga komuniti.


Yakub menyeru agar kepakaran yang ada pada UMS dapat dikongsikan kepada masyarakat agar dapat membantu dari segi ekonomi setempat terutama dalam keadaan semasa yang berhadapan dengan norma baharu.


Naib Canselor turut memaklumkan kepada Yakub, untuk sama-sama memberikan tumpuan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) agar dapat memupuk minat dari peringkat sekolah dan seterusnya peringkat antarabangsa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page