- Wartawan Nabalu News
Yang di-Pertua Negeri terima kunjungan hormat Panglima Tentera Laut baharu
18 Mac 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin telah menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia yang baharu, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob l.
Abdul Rahman, menggantikan Laksamana Madya Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang telah bersara wajib.
Beliau yang telah berkhidmat dengan TLDM sejak 2 Julai 1982, telah dilantik sebagai Panglima Tentera Laut (TLDM) ke-18 pada 27 Januari lalu.
Kunjungan hormat ini selain memberi maklumat tentang pelantikan beliau, juga bertujuan untuk memberikan taklimat mengenai perkembangan semasa TLDM terutamanya berkaitan dengan keselamatan perairan Sabah kepada Tun Juhar.
Turut hadi dalam kunjungan hormat ini termasuklah Panglima Armada Timur yang baru, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy, Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Muda Sazalee Shoib, Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir dan Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Azizi Ahmad Sarkawi.
Comments