Yang Dipertua Dewan Negara, Mutang Tagal, meninggal dunia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, meninggal dunia

10 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, telah meninggal dunia pada 11.46 pagi hari ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.


Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara telah mengesahkan pemergian beliau hari ini. Mutang, yang berusia 69 tahun, meninggalkan isteri Datin Ho May Leng dan tiga anak.


"Maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan beliau akan dimaklumkan kemudian," kata kenyataan itu.


Beliau sebelum ini menerima rawatan di IJN selepas pulang dari Azerbaijan pada 6 Mei lepas. Beliau melakukan lawatan kerja di negara itu bermula 29 April lepas, pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.


Mendiang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.


"Senator Datuk Mutang Tagal, 70 tahun telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 dan telah mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024," kata kenyataan itu.


Beliau adalah merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.


Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan.




bottom of page